pada 23 september 2007akhbar akhbar di china telah menyiarkan sebuah berita tentang seorang budak lelaki bernama ping ping yang diserang ruam diseluruh badannya.nenek ping ping diberitahu oleh jiran jirannya,bahawa ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan ruam itu ialah dengan menelan berudu hidup hidup.wanita tua tersebut pun pergilah ke lopak berhampiran rumahnya dan membawa pulang semangkuk penuh dengan berudu.kemudian,dia memaksa ping ping menelan lebih 20 ekor berudu setiap hari.selepas 4 hari mengamalkannya,ping ping dikejarkan kehospital kerana demam panas.walaupun sudah dirawat oleh doktor dan diberikan bermacam macam ubat namun ping ping tetap juga menangis kerana takut berudu tersebut yang ditelannya terus hidup didalam perutnya.akhbar akhbar itu seterusnya melaporkan,sebenarnya masyarakat china memang mengunakan berudu sebagai salah satu bahan dalam ubatan tradisional mereka tetapi ubat itu hanya untuk kegunaan luaran serta disediakan dengan cara cara yang tertentu,bukan menelannya hidup hidup!!!!!!! ....apa yang terjadi seterusnya kepada ping ping itu?saya sendiri tidak tahu kerana akhbar akhbar tersebut tidak pula menyiarkan laporan laporan susulan.sebelum itu pada awal jun tahun yang sama,akhbar beijing news ada menyiarkan berita berita tentang seorang lelaki yang sudah lebih 20 tahun menderita sakit perut dan batuk batuk,lelaki itu yang bernama jiang musheng (dalam gambar) dan tinggal diwilayah jiangxi dichina kemudiannya dicadangkan oleh seorang lelaki tua supaya menelan katak pokok."telan hidup hidup" ... arah lelaki tua tersebut yang bernama yang dingcai.ajaib kan kawan kawan ...?...selepas sebulan memakan katak pokok tersebut,sakit perut dan batuk batuk yang dialami oleh jiang musheng yang berumur 66 tahun itu sembuh sepenuhnya !!!!! ... tiada lagi sakit perut yang dialaminya,tiada lagi batuk batuk ...setelah beberapa tahun mengamalkannya,jiang musheng menambah resepi tersebut dengan menelan tikus,anak cencurut serta katak hijau secara hidup hidup.beijing news seterusnya melaporkan,jiang musheng sudah biasa menelan 20 ekor cencurut sehari.
Thursday, September 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
geli jak nak makan katak uwek!
ReplyDeleteta nk cube kerp??
ReplyDelete